SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2020 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | 25 Julai 2020 (Sabtu) |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | MCOBA Building, No. 42, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia. |
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada tarikh 29 Jun 2019.
- Membentangkan Lapuran Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2019 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Melantik sebuah Jawatankuasa Pengurusan MCOBA berkhidmat untuk sesi 2020/22 iaitu yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua (2) Naib Presiden dan sepuluh (10) ahli jawatankuasa.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
HAMDI BIN ABDULLAH
Setiausaha Kehormat
30 Jun 2020
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui telefon ke 03-22746306, atau melalui wakil batch atau melalui emel ke [email protected] bagi maksud hidangan makanan.
- Penyata Kewangan akan dimuat naik segera dan katakunci boleh diperolehi daripada Urusetia. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6. Pencalonan hendaklah yang bertulis menggunakan borang yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia sebelum atau pada hari Jumaat 17 Julai 2020 (jam 5.00 petang). Jika pengundian perlu diadakan ahli-ahli yang hadir boleh bergilir-gilir pergi mengundi di Tingkat Bawah. Waktu akhir untuk mendaftar mengundi adalah pada jam 12:30 tengahari pada hari Mesyuarat Agung Tahunan. Keputusan akan diumumkan selepas pengiraan.
- Agenda 7. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat 17 Julai 2020 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Tatacara Mesyuarat Agung Tahunan dalam PKP akan dikeluarkan 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Muat turun borang pencalonan di sini.