SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2026 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
| Tarikh |
Sabtu, 13hb Jun 2026 |
| Masa | 10:30 pagi |
| Tempat |
Bangunan MCOBA No. 42, Jalan Syed Putra 50460 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan |
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada 14hb Jun 2025.
- Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2025 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Melantik sebuah Jawatankuasa Pengurusan MCOBA berkhidmat untuk sesi-sesi 2026/2028 iaitu yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua (2) orang Naib Presiden dan sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
MOHD SHAHIR BIN MD TAHIR
Setiausaha Kehormat
20HB MEI 2026
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui emel kepada [email protected].
- Penyata Kewangan boleh diperolehi dengan memohon secara emel kepada [email protected]. Jumlah cetak yang terhad akan diedarkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6. Pencalonan hendaklah bertulis menggunakan borang ditetapkan yang boleh diperolehi dengan memohon secara emel kepada [email protected] dan hendaklah disampaikan semula untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA dan Urusetia sebelum atau pada hari Jumaat, 5hb Jun 2026 (jam 5.00 petang). Jika pengundian perlu diadakan, Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik akan memaklumkan kepada ahli-ahli berkenaan proses yang akan diambil sebelum proses pengundian bermula dan ahli-ahli hendaklah mematuhi segala arahan dan proses yang terlibat. Keputusan akan diumumkan selepas pengiraan.
- Agenda 7. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA dan Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat, 5hb Jun 2026 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.


