SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2022 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | 16 Julai 2022 (Sabtu) |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | MCOBA Building, No. 42, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia. |
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada tarikh 30 Oktober 2021.
- Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2021 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Melantik sebuah Jawatankuasa Pengurusan MCOBA berkhidmat untuk sesi 2022/2024 aitu yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua (2) orang Naib Presiden dan sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
MEGAT ABDUL MUNIR BIN MEGAT ABDULLAH RAFAIE
Setiausaha Kehormat
20 Jun 2022
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui telefon ke 03-22746306, atau melalui wakil batch atau melalui emel ke [email protected].
- Penyata Kewangan boleh dimuatturun di bawah dan katakunci boleh diperolehi dengan memohon secara email ke [email protected]. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Hanya ahli-ahli yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan. Urusetia mempunyai hak untuk menghalang mana-mana ahli yang tidak lengkap vaksin daripada menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6. Pencalonan hendaklah bertulis menggunakan borang yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia sebelum atau pada hari Jumaat, 8 Julai 2022 (jam 5.00 petang). Jika pengundian perlu diadakan, Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik akan memaklumkan kepada ahli-ahli berkenaan proses yang akan diambil sebelum proses pengundian bermula dan ahli-ahli hendaklah mematuhi segala arahan dan proses yang terlibat. Keputusan akan diumumkan selepas pengiraan.
- Agenda 7. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat, 8 Julai 2022 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
Klik sini untuk muat turun Penyata Kewangan MCOBA 2022.