SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2024 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | Sabtu, 13hb Julai 2024 |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | Bangunan MCOBA No. 42, Jalan Syed Putra 50460 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan |
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada 24hb Jun 2023.
- Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2023 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Melantik sebuah Jawatankuasa Pengurusan MCOBA berkhidmat untuk sesi-sesi 2024/2026 iaitu yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua (2) orang Naib Presiden dan sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
MEGAT ABDUL MUNIR BIN MEGAT ABDULLAH RAFAIE
Setiausaha Kehormat
18 Jun 2024.
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui wakil batch atau melalui emel kepada [email protected].
- Penyata Kewangan boleh diperolehi dengan memohon secara emel kepada [email protected]. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6. Pencalonan hendaklah bertulis menggunakan borang ditetapkan yang boleh diperolehi dengan memohon secara emel kepada [email protected] dan hendaklah disampaikan semula untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA dan Urusetia sebelum atau pada hari Jumaat, 5hb Julai 2024 (jam 5.00 petang). Jika pengundian perlu diadakan, Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik akan memaklumkan kepada ahli-ahli berkenaan proses yang akan diambil sebelum proses pengundian bermula dan ahli-ahli hendaklah mematuhi segala arahan dan proses yang terlibat. Keputusan akan diumumkan selepas pengiraan.
- Agenda 7. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA dan Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat, 5hb Julai 2024 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.