MCOBA telah mengenal pasti pelajar-pelajar MCKK (Tingkatan 2 – 5) sesi 2024 yang tergolong dari keluarga kurang mampu dan kadangkala tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk membeli kelengkapan sekolah serta membayar yuran sekolah. MCOBA juga mengambil maklum bahawa sebahagian mereka layak untuk menerima bantuan kewangan Projek Khas atau Biasiswa Kecil Persekutuan tetapi kebiasaannya, bantuan ini tidak mencukupi dan sering kali lewat.
Sehubungan dengan itu, MCOBA mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ahli MCOBA yang bermurah hati untuk membantu pelajar-pelajar kurang mampu sesi 2024 dengan menyalurkan sumbangan kewangan untuk :
- Keperluan kelengkapan sekolah (one-off) sebanyak RM1,850 (pelajar Tingkatan 1) atau sebarang jumlah yang difikirkan sesuai (pelajar Tingkatan 2 – 5) ; dan / atau
- Penajaan (sponsor) wang saku bulanan untuk setiap pelajar yang ditaja sebanyak RM1,500 setahun (bergantung kepada tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan 1) atau RM1,650 (pelajar Tingkatan 2 – 5) (terma penajaan akan dimaklumkan).
Untuk makluman, pelajar-pelajar kurang mampu Tingkatan 1 kemasukan 2024 akan dikenalpasti dan disaring oleh Guru Kebajikan MCKK. Melalui saringan ini, Jawatankuasa Program
Sumbangan akan mengenal pasti jumlah pelajar yang akan terlibat dalam program sumbangan dan jumlah sumbangan yang diperlukan. Kepada para penyumbang program penajaan wang saku bulanan, laporan prestasi pelajar-pelajar yang ditaja akan diserahkan kepada para penyumbang di akhir tahun kalendar.
Adalah diharapkan agar ahli MCOBA yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dapat berhubung terus dengan Sdr Mohd Shahril Ayob ditalian 013-342-1941 (alamat e-mel: [email protected]) sebelum 2 Februari 2024. Sebagai alternatif, sila hubungi Sdr Aris Kamal ditalian 012-391-0786, Sdr Iswardi Yuzrin ditalian 012-371-1537 atau Cik Shaayyum (alamat e-mel: [email protected]) untuk maklumat lanjut.
Sdr Mohd Shahril C93
Sdr Aris Kamal C93
Sdr Iswardi Yuzrin C96
Jawatankuasa Program Sumbangan MCKK MCOBA