MCOBA mengambil maklum bahawa ada dikalangan pelajar-pelajar MCKK sesi 2023 tergolong dari keluarga kurang mampu dan kadangkala (mengikut pemerhatian dari tahun-tahun yang lalu) pelajar-pelajar ini hanya mempunyai sepasang pakaian seragam sekolah dan tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk membeli kelengkapan sekolah serta membayar yuran sekolah.
MCOBA juga mengambil maklum bahawa pelajar-pelajar kurang mampu ini layak untuk menerima bantuan kewangan Projek Khas atau Biasiswa Kecil Persekutuan tetapi akibat dari kegawatan ekonomi, bantuan ini tidak mencukupi dan sering kali lewat.
Sehubungan dengan itu, MCOBA mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ahli MCOBA yang bermurah hati untuk membantu pelajar-pelajar kurang mampu sesi 2023 dengan menyalurkan sumbangan kewangan untuk:
- Keperluan kelengkapan sekolah; dan/atau
- Penajaan (sponsor) wang saku bulanan (terma penajaan akan dimaklumkan).
Untuk makluman, pelajar-pelajar kurang mampu Tingkatan 1 kemasukan 2023 akan dikenalpasti dan disaring oleh Guru Kebajikan MCKK. Melalui saringan ini, Jawatankuasa Program Sumbangan akan mengenal pasti jumlah pelajar yang akan terlibat dalam program sumbangan dan jumlah sumbangan yang diperlukan. Kepada para penyumbang program penajaan wang saku bulanan, laporan prestasi pelajar-pelajar yang ditaja akan diserahkan kepada para penyumbang di akhir tahun kalendar.
Adalah diharapkan agar ahli MCOBA yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dapat berhubung terus dengan Sdr Mohd Shahril Ayob ditalian 013-342-1941 (alamat e-mel: [email protected]) sebelum 17 Februari 2023. Alternatif, sila hubungi Sdr Aris Kamal ditalian 012-391-0786, Sdr Iswardi Yuzrin ditalian 012-371-1537 atau Cik Shaayyum (alamat e-mel: [email protected]) untuk maklumat lanjut.
Sdr Mohd Shahril (C’93)
Sdr Aris Kamal (C’93)
Sdr Iswardi Yuzrin (C’96)
JAWATANKUASA PROGRAM SUMBANGAN MCKK
MCOBA