SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2021 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | 30 Oktober 2021 (Sabtu) |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | Bangunan MCOBA, No. 42, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia. |
AGENDA MESYUARAT:
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada 25hb Julai 2020.
- Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2020 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Mengubah atau meminda Perlembagaan MCOBA.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
MEGAT ABDUL MUNIR BIN MEGAT ABDULLAH RAFAIE
Setiausaha Kehormat
1 Oktober 2021
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui telefon ke 03-22746306, atau melalui wakil batch atau melalui emel ke [email protected].
- Penyata Kewangan akan dimuat naik segera dan katakunci boleh diperolehi daripada Urusetia. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6 dan 7. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat, 22hb October 2021 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Mesyuarat Agung Tahunan hanya boleh dihadiri oleh Ahli-Ahli yang telah lengkap divaksinasi.
- Tatacara Mesyuarat Agung Tahunan megikut Prosedur Operasi Standard, Pelan Pemulihan Negara (Fasa 3), tertakluk kepada apa-apa perubahan (sekiranya ada) turut dilampirkan di sini.