بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sukacita MCOBA melancarkan TABUNG SUMBANGAN RAYA PELAJAR MCKK BERKEPERLUAN untuk membantu keluarga pelajar berkenaan yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik COVID-19.
Di sini, sempena bulan Ramadhan yang mulia dan lagi barakah, pihak kami mengalu-alukan sumbangan/derma dengan secara ikhlas hati. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga keluarga pelajar untuk menempuh kehidupan seharian di bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang tiba nanti.
Derma/sumbangan ikhlas boleh dibuat secara online banking seperti butiran di bawah:
MAYBANK
5144 9510 9659
The Malay College Old Boys Association atau MCOBA
Mohon nyatakan “Nama dan nombor telefon penyumbang” dan “Wang Raya”. Mohon juga penyumbang menghantar slip bayaran melalui WhatsApp kepada Sdr. Mohd Shahril Ayob di talian +6013-3421941 (Email: [email protected]). Sumbangan boleh disalurkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Mei 2020.
Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada bari itu tidak ada jual beli dan persahabatan (QS Ibrahim: 31)
Semoga Allah S.W.T merahmati usaha murni kita semua.