MCOBA mengambil maklum bahawa ada dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 MCKK kemasukan Januari 2019 (lebih kurang 20 – 25 pelajar) tergolong daripada keluarga kurang kemampuan dan kadangkala (mengikut pemerhatian dari tahun-tahun yang lalu) pelajar-pelajar ini hanya mempunyai sepasang pakaian seragam sekolah dan tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk membeli kelengkapan sekolah serta membayar yuran sekolah.
MCOBA juga mengambil maklum bahawa pelajar-pelajar kurang kemampuan ini layak untuk menerima bantuan kewangan Projek Khas atau Biasiswa Kecil Persekutuan tetapi akibat dari kegawatan ekonomi, bantuan ini tidak mencukupi dan sering kali lewat.
Sehubungan dengan itu, MCOBA mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari ahli MCOBA yang bermurah hati untuk membantu pelajar-pelajar kurang kemampuan Tingkatan 1 kemasukan Januari 2019 dengan menyalurkan sumbangan kewangan untuk:
- Keperluan kelengkapan sekolah; dan/ atau
- Penajaan (sponsor) wang saku bulanan (terma penajaan akan dimaklumkan).
Untuk makluman, pelajar-pelajar kurang kemampuan Tingkatan 1 kemasukan Januari 2019 akan dikenalpasti dan disaring oleh Guru Kebajikan MCKK. Melalui saringan ini, Jawatankuasa Program Sumbangan akan mengenal pasti jumlah pelajar yang akan terlibat dalam program sumbangan dan jumlah sumbangan yang diperlukan. Kepada para penyumbang program penajaan wang saku bulanan, laporan prestasi pelajar-pelajar yang ditaja akan diserahkan kepada para penyumbang di akhir tahun kalendar.
Adalah diharapkan agar ahli MCOBA yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dapat berkomunikasi terus dengan Sdr. Mohd Shahril Ayob di talian +6013-3421941 (alamat e-mel: [email protected]) sebelum 21 Januari 2019. Alternatif, sila hubungi Sdr Aris Kamal ditalian +6012-3910786, Sdr Noor Azizan Abd Aziz ditalian +6019-3512191 atau Sdr Hamdan Ali (alamat e-mel: [email protected]) untuk maklumat lanjut.
Sdr Mohd Shahril, (C’93)
Sdr Aris Kamal, (C’93)
Sdr Noor Azizan, (C’83)
Jawatankuasa Program Sumbangan MCKK
MCOBA