SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2018 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | Sabtu, 30 Jun 2018 |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | MCOBA Building, No. 42, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia |
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan Presiden
2. Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada tarikh 15 April 2017
3. Melantik sebuah Jawatankuasa Pengurusan MCOBA berkhidmat untuk sessi-sessi 2018/20 iaitu yang terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, dua (2) Naib Presiden dan sepuloh (10) ahli jawatankuasa
4. Membentangkan Lapuran Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA
5. Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2017 yang telah diaudit
6. Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah
7. Tanah Bestari Jaya
Meluluskan
CADANGAN NIAGA BERKENAAN TANAH MCOBA YANG DIPEGANG DI BAWAH GERAN HSD 23983 PT 6115 SEKSYEN 4, PEKAN BESTARI JAYA, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
“BAHAWA, Jawatankuasa Pengurusan diberikuasa sepenuhnya untuk berunding dan memeterai dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh Mesyuarat Agong Tahunan suatu perjanjian dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk perniagaan perlombongan pasir dan yang berkaitan Tanah Bestari Jaya (berasaskan laporan ujian tanah/boring November 2017 berkenaan simpanan pasir sebanyak 1,207,258.27 meter padu dengan unjuran pulangan kepada MCOBA sekurang-kurangnya RM11,951,862.12.
DAN bahawa Jawatankuasa Pengurusan adalah dan dengan ini diberi kuasa untuk melakukan semua tindakan dan melaksanakan semua urus niaga, pengaturan, surat ikatan, perjanjian dan dokumen yang mungkin diperlukan atau wajar untuk menguatkuasakan sepenuhnya perjanjian dengan kuasa penuh untuk bersetuju terhadap apa-apa syarat, pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan yang sebagaimana mungkin dikenakan atau dipersetujui oleh mana-mana pihak berkuasa berkaitan (jika ada) atau akibat daripada pelaksanaan syarat, pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan, oleh para Pengarah, sepertimana yang dianggap sesuai mengikut budi bicara mutlak mereka, dan demi kepentingan MCOBA”.
8. Integriti Kewangan
Meluluskan
CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN
“BAHAWA, Perlembagaan MCOBA adalah dipinda berkuatkuasa daripada tarikh selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 seperti berikut:
Memasukkan sebagai suatu Fasal tambahan sebagai Fasal 12.12 :-
12.12 Wang-wang hasil perolehan daripada harta tak alih persatuan iaitu (a) wang-wang pokok berbentuk deposit dan dua persen Nett Development Value daripada Perjanjian 21 Februari 2017 dan (b) wang-wang pokok keuntungan daripada niaga Tanah Bestari Jaya, hendaklah dikekalkan sebagai modal MCOBA. Pihak Jawatankuasa Pengurusan MCOBA boleh menggunakan wang-wang tersebut bagi maksud pelaburan dalam produk-produk kewangan patuh Shariah yang bersifat “capital protected”. Bagi tujuan lain, Pihak Jawatankuasa Pengurusan MCOBA hanya boleh bertindak dengan kelulusan Mesyuarat Agung.
DAN bahawa Jawatankuasa Pengurusan adalah dan dengan ini diberi kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan ini demi kepentingan MCOBA melainkan keputusan Mesyuarat Agung dibuat untuk memindanya”.
9. Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN
HAMDI BIN ABDULLAH, Setiausaha Kehormat
Nota
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui telefon ke 03-22746306, atau melalui wakil batch atau melalui emel ke [email protected] bagi maksud hidangan.
- Penyata Kewangan akan dimuat naik dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh notis ini dan katakunci boleh diperolehi daripada Urusetia. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat.
- Agenda 3. Pencalonan hendaklah yang bertulis menggunakan borang yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat MCOBA sebelum atau pada hari Jumaat 22 Jun 2018 (jam 5.00 petang). Pemilihan akan dimulakan dan jika pengundian perlu diadakan ahli-ahli yang hadir boleh bergilir-gilir pergi mengundi di Tingkat Bawah. Waktu akhir untuk mendaftar mengundi adalah pada jam 1: 00 tengahari. Keputusan Pemilihan akan diumumkan selepas pengiraan.
- Agenda 8. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai kepada Setiausaha Kehormat MCOBA pada atau sebelum hari Jumaat 22 Jun 2018 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung.
- Jamuan Hari Raya MCOBA adalah program berterusan daripada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Ianya akan bermula sejurus selepas Agenda 9 sehingga jam 3.00 petang.