SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan MCOBA 2023 akan diadakan seperti mana butiran berikut:
Tarikh | 24 Jun 2023 (Sabtu) |
Masa | 10:30 pagi |
Tempat | MCOBA Building, No. 42, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia. |
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Aluan Presiden.
- Menerima dan meluluskan minit Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang telah diadakan pada tarikh 16 Julai 2022.
- Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Pengurusan MCOBA.
- Menerima akaun MCOBA bagi tahun kewangan 2022 yang telah diaudit.
- Memilih Juruaudit Luar yang bertauliah.
- Untuk melaksanakan sebarang urusan biasa lain di mana notis sewajarnya telah diberikan selaras dengan Perlembagaan MCOBA.
DENGAN PERINTAH JAWATANKUASA PENGURUSAN.
DATUK MEGAT ABDUL MUNIR BIN MEGAT ABDULLAH RAFAIE
Setiausaha Kehormat
23 Mei 2023
NOTA
- Ahli boleh mengesahkan kehadiran melalui telefon ke 03-22746306, atau melalui wakil batch atau melalui emel ke [email protected].
- Ahli juga boleh mengesahkan kehadiran melalui Google Form.
- Penyata Kewangan boleh dimuatturun di bawah dan katakunci boleh diperolehi dengan memohon secara email ke [email protected]. Jumlah cetak yang terhad akan diedar di Mesyuarat Agung Tahunan.
- Agenda 6. Teks usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah sampai untuk perhatian Setiausaha Kehormat MCOBA di Urusetia pada atau sebelum hari Jumaat, 16hb Jun 2023 (jam 5.00 petang). Sesuatu usul yang tidak mematuhi peraturan 7.11 Perlembagaan tidak boleh dipertimbangkan di Mesyuarat Agung Tahunan.
Klik sini untuk muat turun Penyata Kewangan MCOBA 2022.