SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR MISKIN / KURANG MAMPU THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1438H
MCOBA mengambil maklum bahawa terdapat lebih kurang 145 pelajar The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) yang berasal dari keluarga miskin / kurang mampu.
Sempena kedatangan Hari Raya AidilAdha 1438H, Insya Allah pada 1 September 2017M, MCOBA ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput ahli-ahli MCOBA yang bermurah hati untuk memberi sumbangan ikhlas Duit Raya kepada pelajar-pelajar MCKK tersebut. Majlis Penyampaian Duit Raya akan dilangsungkan sebelum Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 (iaitu kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Raya AidilAdha).
Jika berminat, sumbangan ikhlas hendaklah dibuat selewat-lewatnva pada hari Ahad, 20 Ogos 2017 ke akaun Maybank 5140 1138 9029 atas nama The Malay College Old Boys Association. Jika sumbangan dibuat melalui perbankan di dalam talian (iaitu Interbank Giro), mohon nyatakan “Nama dan nombor telefon penyumbang” dan “Duit Raya”. Penyumbang hendaklah memaklumkan kepada Sdr Ahmad Zaki melalui WhatsApp ditalian 012-392-9503 selepas mendeposit wang ke akaun MCOBA.
Sila hubungi Sdr Ahmad Zaki ditalian 012-392-9503 (alamat e-mel: [email protected]), Sdr Hakim Hamzah ditalian 019-251-4751 (alamat e-mel: [email protected]) atau Sdr Hamdan Ali ditalian 03-2272-3650 (alamat e-mel: [email protected]) jika memerlukan maklumat lanjut.
Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Jawatankuasa Pendidikan. Kesejahteraan & Aktiviti Keagamaan
MCOBA