
TUNAIKAN KEWAJIPAN ZAKAT ANDA MELALUI MCOBA.
Pada Januari 2020, pihak MCOBA telah melengkapkan proses untuk dilantik sebagai Ejen Kutipan Zakat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dengan ini, MCOBA mengalu-alukan semua ahli dan murid-murid tua untuk menunaikan zakat melalui MCOBA.
Jenis Zakat
MCOBA boleh menerima semua jenis pembayaran Zakat Harta seperti berikut:
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
- Zakat Emas & Perak
- Zakat Takaful
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jenis-jenis zakat di atas, sila layari laman web LZS di sini.
MCOBA tidak menerima pembayaran Zakat Fitrah.
Pembayaran Zakat
- Urusan pembayaran zakat boleh dibuat melalui Online/Deposit kepada akaun Maybank 5505-1011-1430 (Akaun ini adalah akaun Lembaga Zakat Selangor yang dikhususkan untuk pembayaran melalui MCOBA).
- Semua pembayaran akan menerima resit rasmi LZS yang melayakkan pembayar mendapat potongan cukai tertakluk kepada syarat-syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Penghantaran resit melalui emel akan mengambil masa 24 jam.
- Resit daripada MCOBA akan hanya dikeluarkan untuk pembayaran melalui akaun yang tertera di atas sahaja.
- Semua data urusan dan pembayaran zakat anda akan direkodkan terus di Portal LZS dan hanya boleh diakses oleh pegawai yang ditauliahkan oleh LZS.
- Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi MCOBA melalui emel [email protected].
Proses Zakat
1. Bayaran secara terus dari individu untuk Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Pelaburan, KWSP, Emas & Perak dan Takaful
- Tentukan jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar berdasarkan nisab, haul dan lain-lain syarat yang berkaitan.
- Semua bayaran akan diterima tanpa prejudis (Pihak MCOBA tidak akan meminta bukti nisab, haul dan ketetapan lain telah dipatuhi).
- Sila rujuk kalkulator zakat di KALKULATOR ZAKAT.
- Kalkulator zakat ini disediakan untuk mengira jumlah zakat yang perlu dibayar untuk semua jenis zakat di atas.
- Sebarang pertanyaan berkenaan pengiraan zakat boleh dihantar ke [email protected] dan pihak MCOBA akan mendapatkan penjelasan dari LZS.
- Buat bayaran secara online atau pun deposit ke nombor akaun yang ditetapkan.
- Untuk bayaran secara online atau deposit, sila kemukakan bukti pembayaran melalui emel kepada [email protected] dengan disertakan maklumat berikut; (Nama Penuh, No. Kad Pengenalan dan No. Telefon).
- Resit akan dihantar melalui emel setelah urusan pembayaran di atas selesai.
Resit hanya akan dikeluarkan daripada pihak MCOBA untuk pembayaran melalui akaun yang tertera di atas sahaja.
2. Bayaran secara terus dari badan korporat untuk Zakat Perniagaan
- Sekiranya anda memiliki perniagaan atau dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perniagaan dan ingin syarikat membuat pembayaran zakat perniagaan melalui MCOBA, sila hubungi pihak MCOBA di [email protected].
- Pihak MCOBA akan mengadakan taklimat khas dengan kerjasama LZS kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menerangkan dengan secara terperinci tentang pembayaran zakat badan-badan korporat.
3. Bayaran secara Potongan Gaji
- Bayaran secara potongan gaji hanya akan dilaksanakan selepas tempoh Movement Control Order (MCO).
- Sila rujuk halaman ini selepas tempoh MCO.
Wakalah Agihan Zakat
- Di bawah skim Wakalah Agihan Zakat (Wakalah), pembayar yang memenuhi syarat boleh memohon dari LZS untuk mengagihkan sebahagian dari zakat yang dibayar kepada asnaf yang dipilih sendiri.
- Wakalah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan pengembalian semula agihan zakat bagi diagihkan kepada asnaf yang layak.
- Melalui Wakalah, pembayar zakat dilantik sebagai wakil bagi pihak LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat.
- Antara asnaf yang layak menerima manfaat agihan ini termasuklah asnaf fakir, miskin, muallaf, fisabilillah dan gharimin (perubatan).
- Pembayar yang layak untuk melaksanakan Wakalah ini mesti membayar zakat minima RM50,000 untuk satu tahun semasa.
- Sekiranya layak, 3/8 daripada jumlah zakat yang dibayar akan dikembalikan untuk diagihkan sendiri oleh pembayar kepada asnaf yang layak.
- Pembayar perlu menyiapkan laporan kepada LZS berkenaan agihan zakat dan asnaf-asnaf yang terlibat.
- Pihak MCOBA juga boleh menyediakan senarai asnaf-asnaf yang layak di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) melalui projek kebajikan MCOBA, kalangan murid-murid tua MCKK, penduduk sekitar Kuala Kangsar melalui projek Wad Penyayang dan lain-lain lagi.
- Sekiranya pembayar mengagihkan zakat di bawah Wakalah melalui MCOBA, maka pihak MCOBA akan menyediakan laporan yang diperlukan oleh LZS.
- Sila hubungi MCOBA sekiranya anda membuat bayaran zakat melebihi RM50,000 kepada LZS dan ingin menyertai Wakalah untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang dikenal pasti oleh MCOBA.